si gadis pinces:))

My photo
::Hello , my name is NorNasrah but well known as Nas.... I'm freaking annoyying. . Currently study at UiTM Puncak Perdana in course of Theatre :))i love smile:)

Perginya Dia:(

Kembalinya Zozli Bin Buang (My UNCLE) kepada PenciptaNya. Aku seakan kaku seketika setelah mendapat berita sedih itu. Tiba sahaja di rumah, tak ada yang lain terlintas, hanya ingin melihat wajahnya sahaja. Titisan demi titisan gugur ke bumi. Baru semalam aku bergelak tawa bersamanya dan keluarga dia. aku dan ahli keluarga yang lain Duduk di tepi arwah, tidak putus putus alunan yaasin dibacakan. Sayu rasa hati kehilangan orang yang rapat denganku. Siapalah aku hendak melawan ketentuanNya. 50 tahun berjuang di muka bumi Allah bersama-sama insan yang disayangi. Malam itu juga sanak saudara semua kembali untuk menzairahi arwah sehingga lar arwah masuk ke liang lahad.  Sedih,sayu hati ini  melihat anak-anak dia akan menjalini hidup tanpa seornag bapa sama seperti aku tanpa seorang Ibu.Aku jenguk, aku intai, sehinggalah hilang susuk tubuh itu dari pandangan. Berat rasa hati nak melangkah pergi. Tapi aku gagahkan jua. Kenangan bersama tak mungkin sesekali luput di ingatanku. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan pakcik di alam barzakh. Semoga rohnya sentiasa tenang disana dan tergolong dalam orang orang yang beriman. Insyallah :)
i'm love to smile:)

No comments:

Post a Comment